Bagaikan sudah menjadi 'tradisi', mana-mana parti yang berpakat dengan DAP pasti berdepan tuduhan yang sama, iaitu mereka jadi tunggangan dan ditaja.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbie Muda, parti itu langsung tidak pernah ambil pusing dengan tohmahan berkenaan.

"Amanah ada agenda sendiri iaitu Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin. Apa yang penting, kami mengangkat dasar-dasar yang bagus untuk rakyat."

Tambahnya, jika Amanah mahu jadi khadam DAP, lebih baik mereka mengangkat konsep Malaysian Malaysia dan mengeluarkan kenyataan lebih keras.

Banyak lagi yang dikongsi Mohd Hasbie yang juga Ahli Dewan Negara, termasuk aspirasinya sebagai Ketua Pemuda, juga isu pergolakan dalaman Amanah.

Saksikan Wawancara Eksklusif pada Sabtu, 23 Disember 2023, jam 2 petang hanya di semua platform digital Sinar Harian.

Muzik: Destiny by Amir Marcus, Stephan Fischer - https://artlist.io/song/102516/destiny

#WawancaraEksklusif #SinarHarian #PemilihanAmanah2023 #KonvensyenAmanah2023 #KetuaPemudaAmanah #HasbieMuda